Orang kita berkebolehan untuk mengeluarkan produk yang baik dan unik. Malah kita lebih beminat untuk mengeluarkan produk yang unik, yang lain dari yang lain. Motif kita mengeluarkan produk yang unik ialah supaya kita tidak perlu bersaing dengan orang lain kerana hanya kita sahaja yang mempunyai produk tersebut. Kita juga akan merasa berbesar hati bila kita mempunyai produk yang unik.
Sebenarnya ramai di antara kita yang tidak mahu bersaing dalam pasaran. Kalau boleh kita hanya mahu menumpukan perhatian kepada produk yang unik dan tidak perlukan persaingan. Prinsip ini tidak akan memberikan kebaikan kepada kita dalam masa panjang. Sebenarnya seunik mana pun produk kita persaingan tetap ada. Setiap produk itu memerlukan ruang pada pengguna dan setiap pengguna hanya ada ruang yang terhad untuk mana-mana produk. Oleh itu kita akan selalu bersaing untuk mendapatkan ruang pengguna.
Apakah yang kita faham tentang persaingan? Adakah dengan meletakkan produk kita di kedai bererti kita sudah bersaing? Adakah dengan meletakkan harga terrendah bererti kita sudah bersaing? Persaingan adalah aktiviti merebut pengguna atau pembeli. Bila kita telah berjaya mendapatkan pengguna bererti kita telah berjaya dalam persaingan. Bagaimanakah caranya untuk kita merebut pengguna? Kita perlu bertindak untuk merapatkan pengguna kepada produk kita dan merenggangkan pengguna tersebut daripada produk pesaing lain. Dan kita mestilah selalu melakukan tindakan tersebut berulang-ulang kali. Semakin biasa pengguna dengan produk kita maka semakin berjayalah persaingan kita.
Apakah tindakan yang perlu kita lakukan untuk merapatkan pengguna kepada produk kita? Tindakan itu dikenali sebagai promosi. Tujuan utama promosi ialah supaya pengguna hanya 'nampak' produk kita sahaja. Untuk itu promosi perlu diadakan di mana sahaja di tempat di mana pengguna ada. Satu daripada kaedah promosi ialah pengiklanan. Namun demikian pengiklanan melibatkan kos yang berbeza mengikut media pengiklanan. Media perdana akan melibatkan kos yang tinggi. Oleh itu kita mestilah sentiasa bersedia dengan bajet pengiklan dan promosi.
Malangnya kita sering terlepas pandang dengan bajet promosi. Dari manakah boleh kita mendapatkan bajet tersebut? Kita boleh mengeluarkan produk. Itu bererti kita boleh mengadakan bajet. Bajet untuk promosi mestilah telah siap kita masukkan dalam kos produk. Ramai di antara kita tidak mahu memasukkan bajet promosi didalam kos produk kerana ia akan meningkatkan harga jualan produk. Perlu kita ingat bahawa harga yang murah bukan penentu kejayaan produk kita. Jika kita tidak memasukkan bajet untuk promosi didalam kos produk bererti kita telah merancang untuk gagal dalam langkah pertama.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Para Pengunjung,
BalasPadamIngin saya menjemput saudara dan saudari yang mulia untuk join bisnes Bio Asli yang cukup mudah untuk menjalankannya. Bagi anda yang tidak mahu menemui sesiapa, gunakan peluang dalam BIO ASLI ini untuk menjalankan bisnes dari rumah anda sahaja.
Setelah anda join bisnes ini, anda akan diberi 4 web referal dan anda boleh sebarkan kepada sesiapa sahaja di pelusuk dunia ini kerana Bio Asli berurusan dengan 231 buah negara.
Selama ini anda mahir internet, maka alangkah baiknya kemahiran yang ada itu anda gunakan untuk menambah pendapatan untuk anda dan keluarga anda.
Jadi, tunggu apa lagi isilah borang online di
http://www.bioasli.com/?id=matsom1
Untuk nombor akaun bank, anda boleh isi kemudian iatu setelah bonus anda mula membuahkan hasil